Harta Karun

Saturday, June 5, 2010

Jangan salahkan ibu mengandung.

Kenapa? Katakan Kenapa? Cehceh macam lagu daus la pulak. Sebenarnya nak tanya kenapa anak kedua dalam family mesti jadi seorang yang kememe a.k.a gembeng... actually bukan semestinya tapi kebanyakan. Ni cakap based on pengalaman diri sendiri dengan orang sekitar seputar alam. Eh kememe a.k.a gembeng itu adalah bermaksud kuat nangis. Sangat touching. Sensitif. Mudah sangat nak mengalirkan air mata.

Entahlah. Kadang-kadang rasa perkara tu remeh je. Sampai kadang-kadang marah dengan diri sendiri sebab tak boleh berhenti nangis sambil menangis. Haha sounds stupid kan. Tapi ni realiti. And kenal jugak few persons yang anak kedua and sama je perangai. Salah ibu mengandungkah?

Friday, May 28, 2010

Refreshing memories.

Uit memang bosanlah kalau duduk rumah sorang-sorang. Kena tinggal sorang-sorang. Everyone is out. Anim off to singapore bervacation dengan Leya. Ayum entah pergi mana lepas sembahyang Jumaat tadi. Kaknis in rushing nak binding tesis master dia.

Rakan-rakan yang selalu berjoli bersama pun takda. Eh, ko ada ke rakan sejoli seguling bersama? (Soalan kejam kat diri sendiri ). Baiklah terpaksa mengaku sendiri semua bestest friend duduk jauh-jauh. Jadi bila cuti terpaksa tidur kat rumah. Highlight sikit perkataan terpaksa.

Oke jangan asyik nak blame semua orang. Actually memang salah sendiri tak berkawan dengan orang yang duduk KL je. Padahal ada orang dah offer nak keluar tadi siap nak ambil kat rumah tapi buat-buat jual mahal padan muka sendiri. Dah dua kali tukar shoutout dekat facebook tadi memang nampak ak takda kerja. Now nak upload gambar bestest pulak lah. Stay tuned..hehehehhe

Wednesday, May 5, 2010

oh! hati.

Perempuan selalunya akan pretend macam takda apa-apa. Cakap macam nothing yang hurt kan even hati is opposite. Kenapa macam tu?

Saturday, May 1, 2010

Dah Sebulan Dah!

Mmm...
Dah lama tak tulis kat blog ni kan. Thanks a lot dekat one of kesayangan yang tiba-tiba sebut pasal blog ni. Kalau tak, kelam je blog ni. Even life sudah tak busy. Even hari-hari mengadap tv. Even tempat favourite sekarang adalah katil. Tapi kalau takda mood nak tulis tetap tak tulis kan. Itulah orang yang banyak alasan.

Oke. Diam tak diam (kalau yana baca sure tergelak kan tengok ayat ni)... Dah sebulan habis praktikal. Habis praktikal means degree dalam genggamanku. Mari melompat beramai-ramai "Woooohhhhoooooooo!!!" Baiklah itu adalah over excited. Habis je praktikal terus je fly pergi holiday dengan family kesayangan. Itu adalah yeah! kan.... Consider as hadiah tamat belajar. Love y'all so much. Muuuaaaahhhhh...Tapi tu nanti la cerita kat entry lain. Buat panjang-panjang entry pun bukan ada orang nak baca kan.

Now, (drum roll please...) it's hunting time. Woh penat makcik belajar bertahun-tahun dari diploma ke degree non stop, takkan makcik tak nak kerja woh! Rasa tak sabar nak kerja adalah. Mau juga rasa duit sendiri. Tapi belum ada rezki ni. Banyak juga company yang dah apply. Takpe, nanti adalah kan kan kan.

At least takdelah orang yang bising suruh sambung belajar lagi. Rilexlah dulu kan. Baru sebulan habis belajar~

Monday, March 15, 2010

Sakit hati.

sakit hati bila ingat dekat kau.
sakit hati bila teringat perangai kau.
sakit hati bila dekat dengan kau.
sakit hati bila jauh dengan kau.
sakit hati.
sakit hati bila kita dekat tapi sebenarnya kita jauh.
sakit hatikah nanti bila kita jauh.
sakit hati bila tengok muka kau.
sakitkah hati bila tak tengok muka kau.

tiba-tiba teringat satu lagu.
sakit hati...
bikin sakit hati...
semua ini datang berkali-kali...

wahhhhhh
nak nangis...
sayu je...
cepat cari movie yang boleh perah air mata.

Monday, March 8, 2010

Deep in my heart ...

Something come out deep in my heart.
It's all in one package. Oh my god!
Kenapa bila kita dah nak hilang satu benda...
Atau something dah takda dalam hidup kita...
Baru kita nak sedih?
Bila dah takda, ataupun semakin hilang, baru kita sedar yang kita perlu...
Sebenarnya kita nak?
Owh i really hate this feeling. Really!!!
I just wanna cry sekarang...

Helpppppppp!!!!!!

Friday, February 26, 2010

The Paintballing!!!






Excited!Excited!!!
Cewah for the first time trying the game, rasa sangat gembira. Game paintball ni sangat mencabar stamina. Yelah, dah lama tak beriadah bagai tiba-tiba drastik main game yang kena lari-lari sambil pegang senjata berat. Wah bagai askar yang baru pulang berperang gitu. Ceh ini bagai alasan kenapa cepat sangat pancit ('_") Tapi betullah selalunya 1 week before naik gunung mesti ada jogging dulu. Bukan apa, supaya tak terkejut sangat badan nanti...

Sebenarnya, a few times dah postpone nak join aktiviti ni. Tapi, bak kata orang kalau jodoh tidak ke mana. Ceh ceh, it means jodohku dengan paintball itu ada. It's exist. Jadi, last saturday for the first time pergi lah join geng civil main dekat sungai buloh sana. Atas sikit je lagi dari Saujana Utama if anyone nak pergila. Nama tempat itu Tanamera. Ladang kelapa sawit. Tapi best woh main ni boleh guling-guling nak baring pun takpe. Takde siapa nak marah. But, for safety, please wear the mask all the time. Bahaya woh! Jangan memandai-mandai nak buka kalau tidak mau buta. Oh, itu ayat Lan Panjang. Curi ye Lan~

Then excited punya pasal, lepas upload gambar kat facebook terus tag rakan-rakan. Bagi jealous sikit...Heehehehhe...