Harta Karun

Friday, February 26, 2010

The Paintballing!!!






Excited!Excited!!!
Cewah for the first time trying the game, rasa sangat gembira. Game paintball ni sangat mencabar stamina. Yelah, dah lama tak beriadah bagai tiba-tiba drastik main game yang kena lari-lari sambil pegang senjata berat. Wah bagai askar yang baru pulang berperang gitu. Ceh ini bagai alasan kenapa cepat sangat pancit ('_") Tapi betullah selalunya 1 week before naik gunung mesti ada jogging dulu. Bukan apa, supaya tak terkejut sangat badan nanti...

Sebenarnya, a few times dah postpone nak join aktiviti ni. Tapi, bak kata orang kalau jodoh tidak ke mana. Ceh ceh, it means jodohku dengan paintball itu ada. It's exist. Jadi, last saturday for the first time pergi lah join geng civil main dekat sungai buloh sana. Atas sikit je lagi dari Saujana Utama if anyone nak pergila. Nama tempat itu Tanamera. Ladang kelapa sawit. Tapi best woh main ni boleh guling-guling nak baring pun takpe. Takde siapa nak marah. But, for safety, please wear the mask all the time. Bahaya woh! Jangan memandai-mandai nak buka kalau tidak mau buta. Oh, itu ayat Lan Panjang. Curi ye Lan~

Then excited punya pasal, lepas upload gambar kat facebook terus tag rakan-rakan. Bagi jealous sikit...Heehehehhe...

Wednesday, February 24, 2010

Emosi


Arggghhhhhhhhhhhhhhhh
Puasnya hati kalau dapat jerit macam ni. Tapi nak jerit kat tepi pantai je. Wah demand tempat eh. Okelah, atas gunung pun boleh dipertimbangkan. Mak ai, sebut gunung rindu gunung la pulak.

Life hari ini cam entah apa-apa je. Orang perempuan biasanya akan rasa macam ini sekali sekala. Emosi tak stabil. Kita tahu benda ni tapi tak boleh nak elak. Ingat dulu masa aku belajar. Bila perasaan ini datang, aku akan layan cerita sedih. Yang boleh buat aku nangis. Itu semua untuk cover dari rakan-rakan. (-_") Sampai bengkak-bengkak mata melayan filem ke drama apa entah.

Tapi sekarang bila perasaan itu datang, aku tak tahu nak buat apa. Aku just nangis je. Perah air mata keluar. Biar keluar habis. Dengan harapan esok takkan ada air mata lagi yang mengada nak keluar. Tapi selalunya bila dah keluar tu, hujan asyik turun je even renyai-renyai. Aku ni ratu air mata weh. Lama tak nangis kan. Aku ingat aku bahagia sekarang. Tu lah. Banyak sangat gelak. Ini lah balasannya. =(

Tuesday, February 16, 2010

Miaow!!!

Bila cuti dan tak pegi ke mana-mana, mestilah menghabiskan masa di rumah. Selain kemas rumah, cubalah buat aktiviti lain yang bermanfaat. Cewah, sebenarnya malas nak layan tv dengan Kaknis yang asyik tengok So You Think U Can Dance. Tak pun Biggest Loser. Tak pun ulangan AF season bila entah sebab season baru dah nak start. Yelah, semua tu tengah in sekarang. Baik, sayalah yang outdated =(

Eh, tadi nak cerita pasal kesayangan kan. Kucing 3 ekor yang dah busuk sangat sebab berapa minggu tak mandi jadi mangsa. Jadi tangkap seekor dulu. Tak boleh 3 sekali nanti dia plan macam mana nak larikan diri and last sekali tinggal aku seorang. One by one lumur dengan shampoo strawberi banyak-banyak bagi lembut kulit eh bulu. Rasa cam human pulak sebut kulit. =)

Sangat penting kucing-kucing ini wangi semerbak sebab nanti bila aku tidur malam-malam selalu nak menempek tidur hujung kaki atas katil. Hmmm sangat garfield kan. Tempat tidur pun memilih. Belum kira makan memilih pulak. Nasib baik comel!









Mukai buat muka kesian nak suruh buka pintu cepat




Tengok usaha si Maureen larikan diri dari kena mandi. Sebab tu lah tak nak mandikan 3 sekali. Seekor pun pandai nak menyorok =)




Si makcik Mukor ni tak sempat nak ambil gambar. Lepas mandi bulu dah kering kan nampak suci bersih.



the vids:








Sisters Day Out


Fuh penat betul hari ni jalan-jalan dekat OU. Bukan dekat tu maksudnya sebelah-sebelah. Ayat yang betul :

Penat sungguh hari ini berjalan-jalan di OU


Huhu cam comel nak buat ayat bahasa melayu dengan grammar perfect. Sebenarnya cakap random je ajak mama baba anim kaknis semua pergi OU. Mau ambik angin. Tapi tiba-tiba mama kata awak pergilah dengan anim. Jadi terpaksa teman anim cari pumps baru for class. *Ceh, terpaksa ('_")

Sebenarnya dah decide dah nak pergi beli kat mana. Tapi kenalah tengok few kedai jadi takda lah menyesal seumur hidup nanti. Sebab memang dah state dalam otak nak beli kat Cotton On, jalan sampai nak patah kaki pun last sekali pergi boutique itu juga (T_T). Lepas dah pilih-pilih colour that suits her well plus yang senang nak matching (sebab kalau tak matching nanti ada excuses nak beli yang baru lagi) time for bayarlah kan. Huishh pandai betul si gadis cashier paksa beli barang dekat counter tuh. Tau la fluent English. Lepas tu anim merungut tak dapat paperbag Cotton On sebab terpakse beli charity bag dia. Hahahhaha


makanan wajib nih. Big apple



Mula-mula rasa tak habis beli yang 10. Next time yang 15 kot (-_-)


So before balik pergi Ikea sebab teringin makan meatball dia yang superb. Owh bila tiba bab makan je teringat Zera dengan Yana. Should bagi they taste it someday. Eh eh kena mentioned nih jumpa Lah VE dengan wife dekat Ikea. Owh memang rupa lelaki sejati muka bersegi-segi macam pelakon Jepun. I lyke~



Sunday, February 14, 2010

The Women & The Words

These are the 9 famous words that women loves to use..

(1) Fine:
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes:
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing:
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead:
This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh:
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) Okay:
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks:
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever:
Is a woman's way of saying *&^%$ YOU!

(9) Don't worry about it, I got it:

Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.

Saturday, February 13, 2010

Surrounded by Men =)

Ini first post jadi rasa excited sangat. Blog yang dulu dah diabaikan because of terlupa password. tengok makcik tua yang pernah cuba jadikan makan kismis ni memang failed. Sebab nak makan kismis pun lupa nak buat macam mana (-_-")



Tengok tempat kerja kesayangan (-_-)


haisshh sebab tengah practical training jadi cerita mestilah pasal life orang bekerja. Ha, cepat cakap wow! tengok tittle kat atas pun dah boleh agak nak cakap pasal apa kot kalau anda ni bijak pandai tapi bawah sikit dari Einstein. Oke tak payah jauh sangat. Macam Amalina yang dapat berapa belas A pun aku tak ingat pun oke juga.

Sekarang life seperti orang bekerja. Tapi yang paling bes adalah surrounded by men. Jangan fikir aku ni super jakun dengan environment sekarang. Dari sekolah teknik memang dah biasa dengan cara begini. Sambung dekat poli. Lepas tu UTHM ku sayyyang. Tapi before this, ianya berlaku dalam bergeng. Kiranya apa-apa pun ada orang back up. But now i'm all alone. Anything happen semua kena face sendiri. Decide sendiri. And the results sendiri yang buat. Huh stress betul. Ini lagi hebat dari final year project tu. Sebab benda ni melibatkan hidup mati. Cewah, ayat mesti macam dalam filem. Huhu...

Tapi, seriously it makes my life super duper exciting. Like everyday something will happen & give me new lessons. Untuk orang macam aku yang sangat suka terlebih fikir, terlebih risau dan kadang-kadang terlebih emo, dah jadi macam new lesson la. Aku ni tak payah lah nak fikir bukan-bukan. Padahal itu adalah small matter. Sangat small. Owh really love all the way it happened and enjoying it. Really much. Hope they'll think the same (T_T)

Owh lagi satu di mana anda berada kita kena ada daya penarik. Jat sangat faham aku kot ;p. Di sini pun ada juga. Thanx Si Hensem, Incik Sweet 1, Incik Sweet 2, Incik Kiut, Adorable and few others to make my day interesting yet sangat memorable...Huhuhuhu