Harta Karun

Tuesday, February 16, 2010

Miaow!!!

Bila cuti dan tak pegi ke mana-mana, mestilah menghabiskan masa di rumah. Selain kemas rumah, cubalah buat aktiviti lain yang bermanfaat. Cewah, sebenarnya malas nak layan tv dengan Kaknis yang asyik tengok So You Think U Can Dance. Tak pun Biggest Loser. Tak pun ulangan AF season bila entah sebab season baru dah nak start. Yelah, semua tu tengah in sekarang. Baik, sayalah yang outdated =(

Eh, tadi nak cerita pasal kesayangan kan. Kucing 3 ekor yang dah busuk sangat sebab berapa minggu tak mandi jadi mangsa. Jadi tangkap seekor dulu. Tak boleh 3 sekali nanti dia plan macam mana nak larikan diri and last sekali tinggal aku seorang. One by one lumur dengan shampoo strawberi banyak-banyak bagi lembut kulit eh bulu. Rasa cam human pulak sebut kulit. =)

Sangat penting kucing-kucing ini wangi semerbak sebab nanti bila aku tidur malam-malam selalu nak menempek tidur hujung kaki atas katil. Hmmm sangat garfield kan. Tempat tidur pun memilih. Belum kira makan memilih pulak. Nasib baik comel!









Mukai buat muka kesian nak suruh buka pintu cepat




Tengok usaha si Maureen larikan diri dari kena mandi. Sebab tu lah tak nak mandikan 3 sekali. Seekor pun pandai nak menyorok =)




Si makcik Mukor ni tak sempat nak ambil gambar. Lepas mandi bulu dah kering kan nampak suci bersih.



the vids:








No comments:

Post a Comment